Saturday 1 September 2012

JENIS-JENIS RAKAN YANG MENJENGKELKAN



Hem, korang semua tentu ada ramai kawan kan? Makin ramai kawan yang kita ada maka, makin banyaklah ragam yang akan kita lihat. Tahukah anda, terdapat beberapa jenis rakan yang agak menjengkelkan dalam dunia ini.....
R
·       Rakan yang suka menunjuk.
  
Rakan jenis ini amatlah tidak disukai ramai. Mereka ini suka menunjuk-nunjuk benda yang kita tiada tetapi mereka ada. Sebagai contoh, lihat sahajalah gelagat Ehsan di dalam siri kartun Upin Ipin. Pelbagai benda yang mereka ada mahu ditunjuk ke seluruh dunia. Memanglah ‘benda’ tersebut tidak mudah dimiliki oleh orang lain tetapi tidak perlulah mahu membangga diri konon mereka ini lebih maju dari kita.

·       Rakan yang suka bersembang tentang pakwe or makwe

Saya mempunyai seorang kawan yang berperangai sebegini. Pada pendapat saya, mereka yang suka bercerita tentang pakwe or makwe ini berada dalam kesunyian dan tiada idea mahu memulakan perbualan. Mereka ini semestinya akan digelar bajet hot oleh sesetengah individu kerana mereka suka bercerita tentang ex-ex pakwe dan ex-ex makwe mereka. golongan jenis ini diklasifikasikan sebagai ‘forever alone’.

·       Rakan yang suka merajuk

Sebagai seorang manusia normal, saya amat-amatlah menyampah dengan mereka-mereka ini. Golongan jenis ini mudah ‘terasa’ dengan gurauan yang kita lakukan. Hati mereka amat-amatlah sensitif. Justeru, jika kita telah melakukan sesuatu perkara yang menggores perasaan mereka. Kita perlu cepat-cepat meminta maaf dan memujuk mereka. Masalahnya disini, jika 24 jam bermasam muka sebab merajuk dan minta orang memujuk, siapa yang dapat tahan.

·       Rakan yang terlebih gedik, poyo konon bajet hot

Mereka ini dilihat kurang kasih-sayang. Mereka suka menarik perhatian orang lain dengan cara tersendiri. Ya, mungkin mereka ini mudah mendapat rakan tetapi untuk mendapat sahabat agak sukar bagi mereka kerana sikap mereka yang sebegitu. Ada sesetengah individu yang mengatakan mereka jenis ini mudah lupa kepada rakan. Jadi, pastikan anda tidak berada dalam kategori ini.

·       Rakan yang drama king a.k.a bermuka-muka

Mereka amat bahaya untuk didekati, mereka jenis ini suka mempengaruhi orang lain. Depan kita mereka bagaikan malaikat tetapi di belakang kita pelbagai perkara dan cerita buruk mereka jaja ke sana ke sini. Mereka yang berperangai sebegini sukar dikecam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sahabat kita ialah seorang yang jujur dalam persahabatan.

·       Rakan yang terlampau pendiam dan ‘lambat’

Rakan jenis ini susah nak cakaplah. Mereka amat-amatlah pendiam or lambat sehingga membuat orang bengang dengan mereka. Sebagai contoh, apabila kita bertanya sesuatu  dengan mereka kita terpaksa tunggu mesej yang kita sampaikan kepada mereka tercerna di dalam otak mereka. Dalam masa 5 minit, barulah mereka akan menjawab soalan kita tadi. Sejujurnya, saya merasakan mereka ini perlu berjumpa dengan kaunselor.

Entri ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja.Mungkin ada yang dapat menerima dan tidak dapat menerima hasil penulisan ini. Kebanyakan dari coretan di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Salah dan silap harap dimaafkan .
 
Saya tegaskan di sini, saya tidak membenci mereka tetapi saya hanya merasakan perangai menjengkelkan mereka tadi perlu  diubah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home