Saturday 6 October 2012

Member.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku terbukak hati untuk menulis. Tak tahu lah pasal apa kan.
Aku rasa nak cerita tentang member-member aku kat sekolah lah.

Em... aku ada geng aku sendiri, 11 orang semuanya.
Aku, Jura yang gila-gila, May-may yang montel macam aku gak, Jan yang super pendiam, Hawa Kechik yang suka nyanyi, Effa si businese woman, Samsiah yang perlu tambah berat badan, Miezah yang agak derk dan pendiam jugak macam Jan, Farah yang keras kepala and sporting, Azizah yang dah lama tak jumpa dia pasal dia duduk sekolah teknik TI,dan Azira jiran yang baik. Kami menggelar geng kami sebagai One1Girl. agak gedik kan... nak buat macam mana semua nya dah setuju ngan nama tu.

Selain dari diorang, aku agak rapat ngan Akmar kat sekolah. Dia seorang pengawas macam aku gak. Dia selalu teman aku buat tugas harian sebagai pengawas. Sebab tu la aku rasa dia antara member aku yang best.

Ramai lagi kawan aku kat kelas 4Amanah tu. Antaranya ialah Fatin yang agak over bila buat sesuatu, Anis yang JOHAN bersuara lantang, E-cah yang banyak ragam, Ija yang suka gelak, dan Nisa yang aku jarang nak sembang.

Belum abis lagi..
Ni ada lagi satu geng aku belum sebut.. Geng ST8 setahu aku,
Ahlinya ialah Eton yang aku perhatikan selalu gelabah, Aishah yang suka buat benda yang pelik-pelik dan agak hyper aktif, Fatihan yang kecik molek je orangnya, Faizah yang sweet, Suhana yang jual kerepek sedap, Diana yang agak selamba orangnya,dan Hasanah yang selalu senyum dan best friend kepada Diana.

Akhir sekali member lelaki yang ada kat kelas aku tu ada dua orang je pun.
Mereka adalah Yasir yang pernah belajar di Mesir dan agak warak orangnya, dan Mewan/Amir iaitu PakCikTiri kepada Yasir yang entahlah...
Seriously, aku jarang gila ah bersembang dengan depa.. Eh, salah lah. Bukan jarang sembang tapi memang tak pernah bersembang pon dengan budak berdua tu.
Tak dilupa, member lelaki kelas aku ialah Ali yang kelam-kabut dan cukup terer cakap omputih. Tapi dia sekarang ni sekolah kat sekolah asrama.... so, all the best lah tu Ali.

...Lagi seorang member lelaki aku iaitu Aruah Isman yang akan sentiasa kekal di ingatan aku.
...And again seriously Aruah Dulu Baik Orangnya.......... AL-FATIHAH...

Itulah dia story aku untuk hari ini,....


nota kaki: tahun ni entah kenapa member kelas aku semua jadi gila-gila...

Saturday 15 September 2012

Tulis,..tulis,..dan tulis,..

Salam semua.

Serius.. aku tak tau nak tulis apa.
Aku tak tau nak edit blog bagi cantik.
Aku tak tau nak follow sapa.
Aku tak tau nak buat apa-apa yang berkaitan dengan dunia berblogging.

Aku cuma tau nak susahkan orang je.
Aku cuma tau nak buat orang marah sebab aku selalu mintak orang tolong aku walaupun pada benda yang kecik.

OK.. ini entri mengarut.
Kalau tak suka jangan baca.

Monday 3 September 2012

Asrama atau Sekolah Biasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hye korang-korang semua, harini saya mahu anda berfikir tentang kelebihan belajar di sekolah asrama atau di sekolah biasa. Tentu ada sesetengah dari anda yang pernah ditawarkan untuk belajar di sekolah asrama bukan? Buntu dengan situasi ini. Saya ada pendapat yang tersendiri. Amaran: tidak semestinya pendapat saya ini betul. Anda bebas untuk menerima atau menolak pendapat saya ini.

Kelebihan bersekolah di sekolah berasrama penuh.

*dapat belajar dengan tenang. Maksudnya ialah ibu bapa tidak dapat meminta tolong dengan kita sewaktu kita di sekolah asrama. Tidak akan ada orang yang dapat membantutkan niat kita untuk mengulangkaji pelajaran khususnya.

*dapat belajar secara berkumpulan pada bila-bila masa. Kita mempunyai rakan seperjuangan dalam mengejar cita-cita. Mereka pula sentiasa berlapang dada untuk membantu kita pada bila-bila masa kerana tinggal bersama-sama. Maka, mudah untuk mereka membantu kita dalam pelajaran.

*dapat berdikari kerana tinggal berjauhan dari keluarga. Kita perlu pandai membawa diri dan perlu pandai bergaul. kita juga perlu pandai menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

*kita dapat meluaskan pengalaman. Kita akan dihantar ke negeri yang berlainan. Justeru, kita terdedah dengan budaya luar. Kita dapat belajar tentang bahasa, adat dan pelbagai perkara baru tentang negeri tersebut.

Kelebihan belajar di sekolah biasa.

*kita dapat membantu ibu bapa di rumah. Mungkin ibu bapa kita seorang peniaga. Maka, kita dapat membantu mereka berniaga kerana kita tiada kekangan masa untuk sentiasa berkhidmat untuk mereka.

*kita tiada masalah kewangan. Berada di asrama memerlukan kita untuk sentiasa berduit walau dalam apa-apa keadaan pun. Oleh itu, jika kita menolak tawaran duduk di asrama, ibu bapa kita tidak perlu pening kepala untuk memikirkan perbelanjaan kita di asrama.

*kita dapat belajar dengan selesa. Sesetengah orang akan belajar bersama-sama makanan. Maksudnya ialah sentiasa ada benda untuk dikunyah sewaktu mengulangkaji pelajaran di rumah. Bayangkanlah, sewaktu kita pening memikirkan masalah matematik tambahan. Kita buat air teh ais di dapur dan mengambil makanan untuk dijamah. Ah.. betapa indahnya dunia dirasakan..

*Kita mudah membuat semua benda yang kita mahu di rumah. Nak sentiasa berSMS, nak lepak ngan member, nak buat apa-apa jelah. Tiada siapa yang menghalang. Ya, mungkin ibu bapa kita akan ambil kesah. Tapi, kita still boleh buat benda tersebut kan,...

Untuk pengetahuan umum, saya tidak tinggal di sekolah berasrama walaupun saya pernah ditawarkan untuk berada di sebuah sekolah berasrama. Tapi saya pernah ada pengalaman tinggal di asrama untuk seminggu kerana mengikuti program sekolah. Nampaknya saya lebih berminat untuk berada di sekolah biasa berbanding sekolah berasrama. Anda pula bagaimana? nasihat saya, pergilah berjumpa dengan kaunselor sekolah dalam menghadapi masalah ini. Mereka pasti dapat memberi bantuan dan nasihat kepada anda.


Saturday 1 September 2012

JENIS-JENIS RAKAN YANG MENJENGKELKAN



Hem, korang semua tentu ada ramai kawan kan? Makin ramai kawan yang kita ada maka, makin banyaklah ragam yang akan kita lihat. Tahukah anda, terdapat beberapa jenis rakan yang agak menjengkelkan dalam dunia ini.....
R
·       Rakan yang suka menunjuk.
  
Rakan jenis ini amatlah tidak disukai ramai. Mereka ini suka menunjuk-nunjuk benda yang kita tiada tetapi mereka ada. Sebagai contoh, lihat sahajalah gelagat Ehsan di dalam siri kartun Upin Ipin. Pelbagai benda yang mereka ada mahu ditunjuk ke seluruh dunia. Memanglah ‘benda’ tersebut tidak mudah dimiliki oleh orang lain tetapi tidak perlulah mahu membangga diri konon mereka ini lebih maju dari kita.

·       Rakan yang suka bersembang tentang pakwe or makwe

Saya mempunyai seorang kawan yang berperangai sebegini. Pada pendapat saya, mereka yang suka bercerita tentang pakwe or makwe ini berada dalam kesunyian dan tiada idea mahu memulakan perbualan. Mereka ini semestinya akan digelar bajet hot oleh sesetengah individu kerana mereka suka bercerita tentang ex-ex pakwe dan ex-ex makwe mereka. golongan jenis ini diklasifikasikan sebagai ‘forever alone’.

·       Rakan yang suka merajuk

Sebagai seorang manusia normal, saya amat-amatlah menyampah dengan mereka-mereka ini. Golongan jenis ini mudah ‘terasa’ dengan gurauan yang kita lakukan. Hati mereka amat-amatlah sensitif. Justeru, jika kita telah melakukan sesuatu perkara yang menggores perasaan mereka. Kita perlu cepat-cepat meminta maaf dan memujuk mereka. Masalahnya disini, jika 24 jam bermasam muka sebab merajuk dan minta orang memujuk, siapa yang dapat tahan.

·       Rakan yang terlebih gedik, poyo konon bajet hot

Mereka ini dilihat kurang kasih-sayang. Mereka suka menarik perhatian orang lain dengan cara tersendiri. Ya, mungkin mereka ini mudah mendapat rakan tetapi untuk mendapat sahabat agak sukar bagi mereka kerana sikap mereka yang sebegitu. Ada sesetengah individu yang mengatakan mereka jenis ini mudah lupa kepada rakan. Jadi, pastikan anda tidak berada dalam kategori ini.

·       Rakan yang drama king a.k.a bermuka-muka

Mereka amat bahaya untuk didekati, mereka jenis ini suka mempengaruhi orang lain. Depan kita mereka bagaikan malaikat tetapi di belakang kita pelbagai perkara dan cerita buruk mereka jaja ke sana ke sini. Mereka yang berperangai sebegini sukar dikecam. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sahabat kita ialah seorang yang jujur dalam persahabatan.

·       Rakan yang terlampau pendiam dan ‘lambat’

Rakan jenis ini susah nak cakaplah. Mereka amat-amatlah pendiam or lambat sehingga membuat orang bengang dengan mereka. Sebagai contoh, apabila kita bertanya sesuatu  dengan mereka kita terpaksa tunggu mesej yang kita sampaikan kepada mereka tercerna di dalam otak mereka. Dalam masa 5 minit, barulah mereka akan menjawab soalan kita tadi. Sejujurnya, saya merasakan mereka ini perlu berjumpa dengan kaunselor.

Entri ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja.Mungkin ada yang dapat menerima dan tidak dapat menerima hasil penulisan ini. Kebanyakan dari coretan di atas adalah dari pengalaman saya sendiri. Salah dan silap harap dimaafkan .
 
Saya tegaskan di sini, saya tidak membenci mereka tetapi saya hanya merasakan perangai menjengkelkan mereka tadi perlu  diubah.

Friday 31 August 2012

TentangSaya


Biodata...
Hai... Nama saya Nurhawa Bt. Mohamad.
* Lebih dikenali sebagai Awe.
* Berumur 16 tahun.
* Belajar di SMK Sungai Manik.
* Seorang yang bercita-cita besar dan berwawasan.
* Amat mementingkan pelajaran.
Tujuan utama saya menulis blog adalah untuk:
·       ***Menulis tentang diri sendiri dan keluarga.
·       ***Memberi info dan pengetahuan kepada masyarakat.
·      *** Menulis pendapat-pendapat saya tentang sesuatu.
·       ***Dan menulis apa-apa sahaja entri yang difikirkan menarik.




test

123



123



123



123



123