Monday 3 September 2012

Asrama atau Sekolah Biasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hye korang-korang semua, harini saya mahu anda berfikir tentang kelebihan belajar di sekolah asrama atau di sekolah biasa. Tentu ada sesetengah dari anda yang pernah ditawarkan untuk belajar di sekolah asrama bukan? Buntu dengan situasi ini. Saya ada pendapat yang tersendiri. Amaran: tidak semestinya pendapat saya ini betul. Anda bebas untuk menerima atau menolak pendapat saya ini.

Kelebihan bersekolah di sekolah berasrama penuh.

*dapat belajar dengan tenang. Maksudnya ialah ibu bapa tidak dapat meminta tolong dengan kita sewaktu kita di sekolah asrama. Tidak akan ada orang yang dapat membantutkan niat kita untuk mengulangkaji pelajaran khususnya.

*dapat belajar secara berkumpulan pada bila-bila masa. Kita mempunyai rakan seperjuangan dalam mengejar cita-cita. Mereka pula sentiasa berlapang dada untuk membantu kita pada bila-bila masa kerana tinggal bersama-sama. Maka, mudah untuk mereka membantu kita dalam pelajaran.

*dapat berdikari kerana tinggal berjauhan dari keluarga. Kita perlu pandai membawa diri dan perlu pandai bergaul. kita juga perlu pandai menguruskan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

*kita dapat meluaskan pengalaman. Kita akan dihantar ke negeri yang berlainan. Justeru, kita terdedah dengan budaya luar. Kita dapat belajar tentang bahasa, adat dan pelbagai perkara baru tentang negeri tersebut.

Kelebihan belajar di sekolah biasa.

*kita dapat membantu ibu bapa di rumah. Mungkin ibu bapa kita seorang peniaga. Maka, kita dapat membantu mereka berniaga kerana kita tiada kekangan masa untuk sentiasa berkhidmat untuk mereka.

*kita tiada masalah kewangan. Berada di asrama memerlukan kita untuk sentiasa berduit walau dalam apa-apa keadaan pun. Oleh itu, jika kita menolak tawaran duduk di asrama, ibu bapa kita tidak perlu pening kepala untuk memikirkan perbelanjaan kita di asrama.

*kita dapat belajar dengan selesa. Sesetengah orang akan belajar bersama-sama makanan. Maksudnya ialah sentiasa ada benda untuk dikunyah sewaktu mengulangkaji pelajaran di rumah. Bayangkanlah, sewaktu kita pening memikirkan masalah matematik tambahan. Kita buat air teh ais di dapur dan mengambil makanan untuk dijamah. Ah.. betapa indahnya dunia dirasakan..

*Kita mudah membuat semua benda yang kita mahu di rumah. Nak sentiasa berSMS, nak lepak ngan member, nak buat apa-apa jelah. Tiada siapa yang menghalang. Ya, mungkin ibu bapa kita akan ambil kesah. Tapi, kita still boleh buat benda tersebut kan,...

Untuk pengetahuan umum, saya tidak tinggal di sekolah berasrama walaupun saya pernah ditawarkan untuk berada di sebuah sekolah berasrama. Tapi saya pernah ada pengalaman tinggal di asrama untuk seminggu kerana mengikuti program sekolah. Nampaknya saya lebih berminat untuk berada di sekolah biasa berbanding sekolah berasrama. Anda pula bagaimana? nasihat saya, pergilah berjumpa dengan kaunselor sekolah dalam menghadapi masalah ini. Mereka pasti dapat memberi bantuan dan nasihat kepada anda.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home